Posts

Showing posts from August, 2020

Wordpress beri 25usd credit pada pendaftaran baru. [by nenasmadu]

Image
Wordpress Register Tawaran daripada wordpress ialah dengan memberikan credit secara terus bernilai 25usd atau kira-kira RM 120 kepada pelanggan baru yang ingin mula untuk berkecimpung dalam dunia blog atau website. Dapatkan di Link : https://bit.ly/2ZVy4U3 - Wordpress Claim 25usd Jom lah kita meriahkan dunia blog. Penceritaan masing-masing. Lakarkan bakat anda dalam bidang penulisan. Wordpress ni ada 3 Plan iaitu : 1. Free 2. Personal 3. Premium 4. Business

Laksanakan ibadah aqiqah dan qorban di aqiqahcentre.com [by nenasmadu]

Image
Dewasa ini, seringkali kita mencari kaedah atau cara yang paling memudahkan bagi mengurangkan masa dan tenaga. Untuk kali ini NM akan kongsikan satu cara mudah dan pantas, malah dijamin kepuasannya bagi melakukan ibadah aqiqah anak anda. NM sendiri telah menggunakan perkhidmatan dari mereka sebelum ini. Apa yang NM nak perkenalkan adalah suatu inisiatif baru dari anak muda yang dikenali Ustaz Halim. Sejujurnya beliau seorang sosok yang boleh dipercayai secara personalnya. NM juga berasa agak mudah untuk berurusan dengan beliau sepanjang proses tersebut. Inisiatif ini adalah melalui sebuah program dinamakan aqiqahcentre.com . Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan bagi NM antara yang terendah yang boleh didapati (siap ada hadiah misteri tau). Setiap orang yang menyertai dalam melakukan aqiqah ini akan diberi video secara PERSONAL ke whatsapp masing-masing ketika penyembelihan dijalankan. Waktu itu, tukang sembelihan akan menyebut nama peserta berserta ...

Yong Tau Foo Taiping belakang balai bomba sedap nauzubillah [by nenasmadu]

Image
Menyelerakan... NM baru tulis sahaja entri tajuk pun dah buatkan kecur air liur. Kisah ni berlaku pada pertengahan tahun 2019, sebelum zaman norma baharu ni lah. Waktu tu jalan-jalan cari makan boleh dengan bebas. Jangan lupa bermula 1hb Ogos ni dah kena pakai mask tau di tempat awam. Kalau tak, kena denda RM1,000. Lebih baik belanja NM. Okay berbalik pada tajuk asal, NM pada masa tu bercuti bersama family di Bukit Merah Resort. Betul-betul terdapatnya tasik besar, kat tengah-tengah tu ada Pulau Orang Utan . Nantilah NM cerita pasal pulau tu sebab agak menarik juga untuk diceritakan. Entri kali ni NM lebih pada nak cerita pasal sebuah kewujudan makanan yang membuatkan NM terigau-igau dalam ingatan iaitu Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba di Taiping. Kena sekali mimpi sampai mati((parah)). Malam tu perut NM dah berkeroncong, dengan tak ada idea nak makan apa kat kawasan agak terpencil di Laketown Bukit Merah Resort. Yang ada pun kedai ikan bakar selepas tol plaza bukit...

Perbezaan sertu dan samak. Masyarakat keliru. [by nenasmadu]

Image
Ramai orang masih tidak dapat membezakan di antara sertu dan samak Dua terma ini adalah perkara yang berbeza. Jadi, berdasarkan JAKIM, perbezaan adalah seperti di bawah. SERTU:- Menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan sekali air yang bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air bersih/mutlak. SAMAK:- Menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit anjing dan babi. Jadi dah tak payah nak pening-pening lagi, dah boleh perbetulkan apa yang boleh diperbetulkan. Sekadar perkongsian. Kredit: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Kolej Uniti Port Dickson dalam pembinaan Kampus Pertama Menggunakan Interlocking Brick [by nenasmadu]

Image
Kolej Uniti yang terkenal dengan promosi kolej keusahawanan kini melangkah setapak lagi dalam memastikan Up To Date dan sentiasa refreshing. Masakan tidak, dengan langkah penuh berani, pihak Kolej Uniti Port Dickson sedang mendapatkan kelulusan penuh bagi membangunkan sebuah kampus berkonsepkan interlocking brick (lego) bagi pelajar dan kakitangan di Tg Agas Uniti Village. Kalau sebelum ini mereka telah membangunkan rumah kediaman banglo bagi pelajar sebanyak 10 unit bagi keselesaan para pelajar. Untuk kampus ini, ia digambarkan dengan gambaran kampus 2 tingkat yang dilengkapi dengan bilik kuliah, lobi pengunjung, bilik pensyarah yang selesa, dan bilik kelas yang lebih kondusif. Mercu tanda Kolej Uniti Port Dickson NM agak kagum dengan Group Kecil dari Uniti Group yang dikepelai oleh Dato Jamal Mohd Amin dalam membangunkan kumpulan ini. NM juga teruja dapat berkesempatan untuk melawat kawasan tersebut. Ketika itu, kerja kerja pemasangan hoarding sedang dilaku...

4 Ramalan yang bakal berlaku selepas tempoh moratorium tamat pada September 2020 [by nenasmadu]

Image
Walaupun orang ramai menganggap bahawa harga hartanah akan merosot setelah tempoh moratorium berakhir pada Oktober 2020, namun anda perlu tahu dan yakin bahawa tak semua orang mampu untuk membeli rumah selepas waktu tersebut. Wabak COVID-19 yang melanda negara ini sejak awal Mac 2020 telah memburukkan lagi keadaan pasaran hartanah semasa. Sebelum itu, industri hartanah nampaknya secara beransur-ansur pulih dari kemorosotan setelah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diwartakan telah berjaya menjual lebih dari 28,000 unit kediaman. Kerana kekurangan suntikan dan pakej rangsangan kerajaan untuk industri hartanah pada tahun-tahun sebelumnya, suku pertama tahun 2020 menjadi agak perlahan untuk pasaran hartanah dan telah menyusahkan banyak pemaju hartanah. Hari ini kita dapat lihat pemaju hartanah telah menawarkan pelbagai tawaran hebat seperti cashback dan diskaun sehingga 30%, termasuk pembayaran ansuran bulanan sehingga 13 bulan serta perabot dan peralatan elektronik percuma kepada pe...

Jumlah pendapatan gaji dari bigo live ? [by nenasmadu]

Image
Aplikasi hiburan mobil kini menjadi tidak asing lagi lebih lebih lagi kepada anak muda. Malahan dengan aplikasi tersebut, mereka dapat menjana income yang agak tinggi ala ala menteri. Antara aplikasi yang mampu untuk memberikan pendapatan lumayan adalah apps bigolive yang boleh didapati di Googleplay dan Appstore. Apa yang menarik tentang bigolive ini adalah host atau pengendali live terdiri dari pelbagai dengan lapisan umur dan bangsa. Untuk menjadi host pula, mereka perlu menjalani interview di bawah leader yang dilantik bagi melayakkan mereka menerima pendapatan berdasarkan jadual di bawah. Table gaji di bigohost.xyz Bayangkan sebulan boleh cecah usd 10k atau rm40k setiap bulan. Tetapi, harus diingatkan, itu tidaklah semudah yang disangka. Setiap host pasti akan struggle untuk menyelesaikan task masing-masing. Mereka perlu menepati syarat seperti tempoh live dan juga jumlah kutipan beans. Beans ini diperolehi daripada penonton/penyokong host tersebut. Me...

[Blog] Excel [not responding]. Apa yang NM buat? [by nenasmadu]

Image
Perkara ni berlaku hari ini pada rakan sekerja NM. Dia mengadu sejak kebelakangan ni excel dia jadi lembab dan jadi not responding. Laptop dia keluaran tahun 2009, jenis Compaq. Awalnya NM assume tu adalah sebab dah tua dan uzur. Tapi takkan lah nak terus judge macam tu kan. NM ni pulak antara anugerah yang tuhan bagi ni ada keajaiban sikit. Sentuh tanah keluar pokok, sentuh benda rosak jadi elok, sentuh hati wanita jadi isteri (what?). Ni bukan riak, tapi sebab NM sendiri pun pelik. Okay berbalik kisah laptop yang tengah bermasalah ni. Bro ni dah gelisah dah kalau nak kena tukar baru. Banyak file nak kena transfer wooo So NM macam biasa, usap usap dulu.. baca jampi sikit sikit sebelum mulakan proses pengubatan. So bismillah, NM click file excel, lebih seminit tunggu loading, NM siap dah dapat bancuh 3 in 1 kopi wonda pun masih belum dapat guna lagi. Next step NM tekan alt+ctl+del untuk cek task manager. Slow jugak.... ahh sudah.. timbul satu lagi spekulasi...

Promosi 2020 Recovery Economic Plan dari pengeluar kenderaan di Malaysia [by nenasmadu]

Image
Jadi posting kali ini sesuai buat mereka yang mengimpikan memiliki kendaeraan idaman di saat promosi yang disediakan oleh pengeluar kenderaan jenama masing-masing. Ini disebabkan oleh Pelan Pemulihan Ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia membuatkan mereka mengetepikan Sales Tax bagi setiap penjualan. Kat situ sahaja dah boleh jimat. Bukan itu sahaja, ada sesetengah pengeluar yang tidak mengenakan DownPayment kepada pembeli. Jadi bolehlah pengguna itu mengawal cash flow mereka dengan lebih baik. Cuma perlu diingat, tanpa DP, installment akan jadi lebih tinggi. List untuk anda usha-usha jenama kenderaan idaman (sekadar cuci mata) : 1 ) Proton - https://bit.ly/2ZwUISy 2 ) Perodua - https://bit.ly/2C8Tft1 3 ) Honda - https://bit.ly/392TDVF 4 ) Toyota - toyota 5 ) Merc - h ttps://bit.ly/394HXSE

Bersarapan di Kedai Dak Lin celup tepung Melaka, Merlimau. [by nenasmadu]

Image
Destinasi kali ni NM mengjengah ke Negeri Melaka. Negeri yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan mahu pun luar negara. Di sini tempat makan yang terkenal apabila bercuti bersama keluarga adalah di Umbai Ikan Bakar, Asam Pedas Pak Tam di Bukit Katil, dan juga di tepian pantai(ditambak) Siring berhampiran Jeti Anjung Batu. Landmark Di Pantai Siring Jadi NM berkesempatan untuk singgah di Kedai Makan Dak Lin. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai menu untuk bersarapan. Di sediakan juga meja manan di tepian tambak, di bawah pepohonan. Memang fefeling habis. Antara menu yang boleh didapati di sini adalah roti canai (3 star), nasi lemak (4star), nasi dagang dengan asam pedas (4star), nescafe tarik (5 star, bias). Pulut kelapa dengan ikan goreng pun tersangatlah ngam ngam sui. Kuih muih dia pun sedap bak ang. Mantappp.. NM tak sempat nak merasa celup tepung sebab terlalu ramai beratur. Maleh lah nak beratur ni, perut dah berkeroncong. Jadi kita santap dulu.. Di...

Ebit Lew selangkah lagi dengan pembukaan kedai serbaneka di Bangi dan Kajang [ELEWSMART]

Image
Ebit Lew dan Isteri Siapa yang tak kenal dengan sosok insan yang bernama Ebit Lew. Kisah tentang kemurahan hatinya dalam mensedekah dan membantu mereka yang memerlukan bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi. Untuk pengetahuan, beliau telah dan akan melancarkan dua cawangan kedai serbaneka dinamakan ElewsMart di Bangi Seksyen 9 dan di TTDI Kajang pada 18 dan 19 Julai 2020. Poster Harga promosi semasa pelancarannya adalah tersangat murah. Pada 18hb di Bangi, pelancaran disambut meriah. Berantur panjang oleh pengunjung yang hadir. Kalau nak tahu apakah promosi yang diberikan, boleh rujuk di LINK ini. Semoga usaha beliau dapat dijadikan contoh, serta membuka mata pelbagai pihak. Jom sama-sama kita bantu kita.

Ladang Teh Boh cameron highland. Berbaloikah? [by nenasmadu]

Masih lagi bercerita tentang Cameron Highland, sewaktu PKPP pastinya CH adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan oleh rakyat Malaysia. Kali ni NM nak bercerita tentang ladang teh Boh yang terdapat di area Brinchang. Landmark yang perlu tahu adalah Bee Farm yang besar tepi jalan tu. Kemudian, kita akan melalui jalan yang sempit dan boleh menduga kesabaran. Waktu ini lah kita perlu punyai sikap toleransi yang tinggi. Sebab apa? Kebanyakan jalan merupakan jalan satu hala sahaja. NM pula dapat menyaksikan lori bergesel dengan kereta perdana baru. Keadaan jadi lebih sulit. Perjalanan yang sepatutnya boleh tiba dalam masa 10minit, tetapi disebabkan kesesakan membuatkan perjalanan sampai sehingga 40minit. Sebelum sampai, ada satu checkpoint anda kena cek suhu dan daftar nama (seorang sahaja yang daftar). Sesampai sahaja di tempat parking di bawah, akan terdapat kawasan lapang yang luas. Jadi masalah parking bukan menjadi masalah di sini. Parking besar di...

Menikmati burger besar gedabak di restoran MHR Burger Port Dickson [by nenasmadu]

Image
Port Dickson yang kini menjadi tumpuan ramai untuk bercuti pada tiap hujung minggu membuatkan kawasan tersebut menjadi padat dan sesak. Dah singgah sana, rasa nak makan western pula. Mula-mula nak singgah King's Char Kuey Teow, namun disebabkan oleh kesesakan yang melampau membuatkan NM cuba try test singgah di MHR Burger. Untuk pengetahuan, MHR Burger ini juga merupakan salah satu restoran yang terkenal di Area PD ni. Jadi NM rasa yakin lah nak try. Waktu tu jam menunjukkan 8 malam. Ketibaan NM disambut dengan kumpulan Busker yang sedang menyanyikan lagu dari Kumpulan Slam, Gerimis Mengundang. NM duduk betul betul depan kumpulan busker tersebut untuk menikmati keasyikan persembahan mereka. Menu sampai, NM order Supreme Lamb dengan air nescafe ais. Kemudian otak otak pun sampai. Ngap sebijik dua dulu buat alas. Tak sampai 20 minit, santapan NM pun dihidangkan. Waktu tu belum ramai lagi yang hadir. Patty dia besar gila, sesuai dengan harga. Cuma macam biasa ...

Wan Alyasa Hotel di Cameron Highland Brinchang [by nenasmadu]

Image
Terletak di Brincang Cameron Highland, hotel yang istimewa ini didekorasi dengan begitu cantik dan menarik. Thumbs up! Di bahagian lounge nya juga agak welcoming. Receptionist yang agak mesra dengan pelanggan. Di hotel ini juga mempunyai lif, tetapi anda perlu untuk menaiki tangga ke tingkat 1 lebih dahulu. Ini agak sukar buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang akan menyukarkan mereka untuk menaiki tangga tersebut. Tangga tersebut juga agak tinggi. Di dalam bilik juga dihiasi dengan cantik dan kemas. NM menginap dengan harga RM196 untuk dua malam dari Khamis hingga Sabtu. Lokasinya juga agak dekat dengan Big Red Strawberry Farm. Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan adalah jumlah parking yang agak limited. Walaupun disediakan parking di bahagian bawah, kawasan tersebut agak sunyi lebih lagi di waktu malam. NM lebih sanggup pusing banyak kali untuk dapatkan park di bahagian atas. AGODA.COM - WAN ALYASA NM suggest kalau anda nak d...

Mengeluarkan Pelaburan dalam ASNB melalui talian online [by nenasmadu]

Image
Kini anda boleh mengeluarkan wang pelaburan dalam ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB. Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda. Berikut langkah-langkah membuat transaksi pengeluaran pelaburan ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB. Ada 7 langkah-langkah yang perlu dilakukan Log masuk ke akaun myASNB di www.myasnb.com.my Klik Portfolio. Kemudian klik transaksi pada unit amanah yang dikehendaki, kemudian pilih Jualan Balik Pastikan maklumat bank betul dan klik Seterusnya. Baca, dan tandakan pada kotak pengisyiharan, kemudian klik Seterusnya. Masukkan amaun, tanda kotak pengisytiharan kemudian klik Seterusnya. Semak butiran, pastikan semua maklumat tepat, kemudian klik Teruskan. Klik permohonan TAC, isikan dan klik seterusnya. Transaksi anda berjaya! Di bawah adalah ilustrasi sebagai rujukan. Ps : Untuk makluman, buat masa ini, kemudahan ini hanya d...

Apakah itu Social Engineering ? [by nenasmadu]

Sosial Engineering dalam kata mudah adalah suatu kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat sulit dari seseorang tanpa disedari, dan menggunakan maklumat tersebut untuk exploit sesuatu perkara lain. Seperti pernah NM post dalam satu artikel sebelum ni di sini. Salah satu filem yang NM pernah tonton menggunakan konsep social engineering ini adalah "Who AM I". Filem ini ditayangkan pada tahun 2014, mengisarkan sekumpulan Hackers yang mempunyai kelebihan masing-masing. NM suggest kepada peminat genre seperti ini untuk pastikan anda tonton dengan kadar segera. Best tau. Sebarang cadangan boleh PM NM.

Hirepurchase / financing dari Affin bank jangan dilupa untuk mohon moratorium [by nenasmadu]

Image
Kalau sebelum ni NM ada kongsi guide untuk peminjam dari RHB bank pada perkongsian sebelum ini. Jadi kali ini NM akan berkongsi perkara yang anda perlu lakukan bagi peminjam dari Bank Affin Berhad Seperti yang sedia maklum, anda akan dapat menangguhkan tempoh bayaran sehingga September 2020 dan kelebihan moratorium ini adalah : Cashflow pada saat covid19 Tiada tambahan interest dikenakan Walaubagaimanapun, kalau anda tidak mahu moratorium ini, anda perlu download borang opt out moratorium ini. Download Borang Affin . Page 1 Page 2 Isi ke semua butiran yang diperlukan, dan email kepada yourvoice@affinbank.com.my Jika anda berminat untuk mendapatkan moratorium dari Affin Bank, anda perlu muat turun borang ini . Sepertimana borang di atas, anda perlu mengisi butiran yang diminta dan hantar ke email yourvoice@affinbank.com.my Mudah je kan? Terima kasih Affin Bank.

Trending "Lathi Challenge", Kebetulan atau Sesuatu? [by nenasmadu]

Image
Zaman sekarang, viral sangat cepat berlaku. Lagi-lagi pada zaman PKPB. Lebih ramai yang lebih banyak meluangkan masa dengan Media Sosial. NM pun tak terkecuali, ada satu hari tu, NM tertonton satu Posting di Page FB gags Malaysia. Tentang satu trend terkini, iaitu "Lathi Challenge". Ia diadaptasi dari Music Video (MV) kumpulan dari negara seberang iaitu Indonesia. Untuk trend ini, di Malaysia, telah di dahului oleh NM kira seorang selebriti di media sosial, Mawar namanya. NM tengok agak terpegun dengan skill editing, makeup dan tarian yang di buat dalam Trend tersebut melalui aplikasi TikTok. Lathi Challenge ini di sertai dengan alunan music yang mempersonakan. Bagi NM, ia sangat Catchy dan boleh pergi jauh. Sebelum ni NM tak kenal pun nama kumpulan Weird Genius ni. Dari challenge ini lah NM baru lah kenal. Yang menarik, pada mulanya seseorang akan memakai make up seperti biasa, kemudian pada bahagian rancak, dia akan mula memaparkan watak menyeramkan. NM...

Setanggi Syurga 2020 - Sinar Nasyid terkini dari Inteam ft Khai Bahar [by nenasmadu]

Zaman membesar NM dulu merupakan zaman yang Fames dengan alunan nasyid-nasyid yang indah dan merdu oleh individu dan kumpulan nasyid pada zaman tersebut. Kumpulan seperti Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam dan UNIC antara nama-nama yang mekar megah pada zaman tersebut. Raihan berjaya menempa nama ke pelusuk dunia. Malah ketika tahun 1998, mereka membuat persembahan pada aksi penutup Sukan Komanwel di Bukit Jalil. Suatu pengiktirafan dalam bidang nasyid yang boleh kita tahu. Sehingga kini mereka masih aktif dan mempunyai group Whatsapp antara golongan-golongan penasyid ni. Kalau berminat nak join group whatsapp tu kena lah jadi penasyid juga ya! Okay berbalik pada posting kali ni, NM nak berkongsi satu MV keluaran kumpulan dari Inteam dengan penampilan khas penyanyi yang sedang melakar naik namanya iaitu Khai Bahar. Lagu yang diberi nama Setanggi Syuga ini telah diberi nafas baru oleh kumpulan tersebut. Apa yang NM boleh katakan, Music Arrangement dia agak berbeza, pun begitu...

Rayuan jika kena denda atau kompaun di Mahkamah Majistret [by nenasmadu]

Image
Sebelum ni NM pernah post tentang proses apabila anda disaman oleh jpj pada posting sebelum ini, P roses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati . Pada posting kali ini, NM akan berkongsi perkara yang sama, tetapi dalam bentuk lebih formal yang didapati dari FB :inforoadblockjpjpolis . Panduan membuat rayuan ke atas denda @ kompaun di Mahkamah Majistret untuk kesalahan jalanraya. Apabila ada sekatan lalu lintas dan kita melakukan kesalahan jalan raya seperti cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan membuat pusingan U di kawasan yang dilarang , kita akan disaman oleh Polis Trafik ataupunpegawai JPJ. Selepas kita menandatangani saman tersebut, kita dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret untuk dijatuhkan hukuman untuk kesalahan yang dilakukan. Antara tip yang boleh saya berikan untuk andamembuat rayuan terhadap hukuman kesalahan adalah seperti berikut:- 1) Datang awal ke Mahkamah. Pastikan anda hadir sekitar jam 8.00-8.30 pag...

10 Fakta menarik tentang Korea Utara [by nenasmadu]

Image
Korea Utara merupakan salah sebuah negara yang agak misteri. Ini disebabkan sikap negara tersebut yang agak tertutup berbanding negara-negara lain. Tidak ramai yang mampu masuk ke negara tersebut. Dan jika mereka berjaya menjejakkan kaki ke negara itu, pandangan yang diberikan selalunya berbeza dengan tanggapan umum. Ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsikan berkenaan negara Korea Utara yang mampu membuatkan anda seakan tidak percaya. 1. Rakyat Korea Utara percaya hanya wujud SATU KOREA sahaja Pada gambaran di atas merupakan perbandingan di antara peta dunia dan peta yang diyakini oleh rakyat mereka. Di sekolah mereka, penggabungan antara Korea Utara dan Korea Selatan adalah jelas. Kedua-dua negara tersebut mempunyai pandangan sendiri dalam status quo masing-masing. 2. Menggelar Orang Amerika dengan gelaran "Hidung Besar" Di atas ini adalah salah satu contoh poster propaganda yang ditayangkan di Muzium Perang Pyongyang. Mereka mem...

Vivo V19 kini boleh didapati dengan harga RM1,699 di pasaran [by nenasmadu]

Image
Brand Vivo adalah antara brand handphone yang NM cadangkan untuk anda miliki buat masa sekarang. Terkini, Vivo telah mengeluarkan satu lagi model baru iaitu Vivo V19. Ia merupakan brand dalam kalangan premium mid-range smartphone oleh Vivo. Dan ia dilengkapi dengan sistem kamera, fast-charging, dan paparan Super AMOLED yang dipertingkatkan. Lebih mengujakan, V19 mempunyai fungsi low-light dalam fotografi. Harga Pasaran Vivo V19 boleh didapati ditetapkan dengan harga RM 1,699.00, dan akan berada di pasaran bermula 29 April 2020 di The Vivo V19 ,  Vivo official store  dan juga Shopee. Anda layak untuk menerima RM50 rebat, 1+1 tahun warranty, perlindungan skrin selama 1 tahun, dan juga hadiah misteri dari Vivo bernilai RM459. Pre-orders boleh didapati di SenQ  dan  SenHeng  bermula hari ini, 23 April 2020 sehingga 25 April 2020. Pre-order ini didatangi dengan promosi khas, pembeli akan menerima 1 tahun warranti tambahan dan 1 tahun perlindungan skrin. Lebih menarik, ...