Jumlah pendapatan gaji dari bigo live ? [by nenasmadu]

Aplikasi hiburan mobil kini menjadi tidak asing lagi lebih lebih lagi kepada anak muda. Malahan dengan aplikasi tersebut, mereka dapat menjana income yang agak tinggi ala ala menteri.
Antara aplikasi yang mampu untuk memberikan pendapatan lumayan adalah apps bigolive yang boleh didapati di Googleplay dan Appstore.
Apa yang menarik tentang bigolive ini adalah host atau pengendali live terdiri dari pelbagai dengan lapisan umur dan bangsa.
Untuk menjadi host pula, mereka perlu menjalani interview di bawah leader yang dilantik bagi melayakkan mereka menerima pendapatan berdasarkan jadual di bawah.

Bayangkan sebulan boleh cecah usd 10k atau rm40k setiap bulan. Tetapi, harus diingatkan, itu tidaklah semudah yang disangka. Setiap host pasti akan struggle untuk menyelesaikan task masing-masing.
Mereka perlu menepati syarat seperti tempoh live dan juga jumlah kutipan beans. Beans ini diperolehi daripada penonton/penyokong host tersebut. Mereka memanggil donation ini sebagai sawer. Apa maksud dia? Entah, NM pun tak tahu.
Dari beans ini boleh convert ke income juga. 210 beans bersamaan dengan 1usd. Beans ni macam fb live juga, tapi di fb live, dia panggil star. Natijahnya sama.
So korang boleh bayang, 2juta beans campur dengan rm40k per month. Tiap bulan keluar Myvi. Lagi sekali NM tegaskan, ia bukanlah semudah yang disangka. Rezeki masing masing.
Menyentuh tentang halal dan haram dari sumber pendapatan dari hiburan seperti ini bukanlah bidang NM menentukan. Anda boleh cari dan bertanya kepada mereka yang lebih arif.
Apa-apa pun bagi NM, semuanya terletak pada niat dan cara anda menghasilkan pendapatan tersebut. Ini kerana, terdapat juga ustaz dan PU yang turut menggunakan aplikasi tersebut untuk menyebarkan dakwah.
CJ rawk! Fans No.1. LewL~
Comments
Post a Comment