Setanggi Syurga 2020 - Sinar Nasyid terkini dari Inteam ft Khai Bahar [by nenasmadu]
Zaman membesar NM dulu merupakan zaman yang Fames dengan alunan nasyid-nasyid yang indah dan merdu oleh individu dan kumpulan nasyid pada zaman tersebut. Kumpulan seperti Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam dan UNIC antara nama-nama yang mekar megah pada zaman tersebut.
Raihan berjaya menempa nama ke pelusuk dunia. Malah ketika tahun 1998, mereka membuat persembahan pada aksi penutup Sukan Komanwel di Bukit Jalil. Suatu pengiktirafan dalam bidang nasyid yang boleh kita tahu.
Sehingga kini mereka masih aktif dan mempunyai group Whatsapp antara golongan-golongan penasyid ni. Kalau berminat nak join group whatsapp tu kena lah jadi penasyid juga ya!
Okay berbalik pada posting kali ni, NM nak berkongsi satu MV keluaran kumpulan dari Inteam dengan penampilan khas penyanyi yang sedang melakar naik namanya iaitu Khai Bahar. Lagu yang diberi nama Setanggi Syuga ini telah diberi nafas baru oleh kumpulan tersebut. Apa yang NM boleh katakan, Music Arrangement dia agak berbeza, pun begitu SOUL pada lagu tersebut masih ada.
Oh Nostalgia.
Jadi kalau anda nak tonton video tersebut boleh ke Youtube rasmi Seventeen Eleven Music.
Atau boleh je play video di bawah :
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yomFDefkxE0&w=560&h=315]Best kan ? rindu zaman dolu-dolu (dulu-dulu). Dah nampak kedutan pada wajah pujaan siswi-siswi jejaka idaman zaman-zaman itu.
Kalau best, share pada kawan-kawan. Genre Nasyid still standing.
Comments
Post a Comment