10 Fakta menarik tentang Korea Utara [by nenasmadu]
Korea Utara merupakan salah sebuah negara yang agak misteri. Ini disebabkan sikap negara tersebut yang agak tertutup berbanding negara-negara lain. Tidak ramai yang mampu masuk ke negara tersebut. Dan jika mereka berjaya menjejakkan kaki ke negara itu, pandangan yang diberikan selalunya berbeza dengan tanggapan umum.
Ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsikan berkenaan negara Korea Utara yang mampu membuatkan anda seakan tidak percaya.
1. Rakyat Korea Utara percaya hanya wujud SATU KOREA sahaja

Pada gambaran di atas merupakan perbandingan di antara peta dunia dan peta yang diyakini oleh rakyat mereka. Di sekolah mereka, penggabungan antara Korea Utara dan Korea Selatan adalah jelas. Kedua-dua negara tersebut mempunyai pandangan sendiri dalam status quo masing-masing.
2. Menggelar Orang Amerika dengan gelaran "Hidung Besar"

Di atas ini adalah salah satu contoh poster propaganda yang ditayangkan di Muzium Perang Pyongyang.
Mereka mempercayai bahawa semua orang Amerika mempunyai hidung besar, mata besar dan dada berbulu. Bukan itu sahaja, di dalam kelas Pendidikan Jasmani (PE) mereka diajar untuk membunuh tentera Amerika. Satu gambaran manusia berpakaian tentera dengan hidung dan mata yang besar digunakan di dalam sesi tersebut.
3. KOREA UTARA bukan berfahaman Komunis
Tower of Juche Idea, Pyongyang
Walaupun dikatakan mereka merupakan negara komunis, tetapi ia terbukti bukan berfahaman tersebut. Saki baki mungkin betul. Sejak tahun '50 an, idea communism ini telah terpadam dari terus berpengaruh dalam sistem negara Korea Utara. Kini, ideologi Juche yang terus digunakan oleh Negara Korea Utara oleh Kim Il-sung.
2009 merupakan tarikh ideologi komunis terhapus dalam kalangan Korea Utara. Menarik bukan.
4. Tiada Cukai dikenakan

Pada tahun 1974, negera Korea Utara telah menghapuskan sistem cukai kepada penduduk setempat. Cukai hanya dikenakan kepada individu atau organisasi yang mendapat keuntungan dari luar negara. Namun, ada ura-ura mereka akan memperkenalkan sistem cukai ini dalam masa terdekat.
5. North Koreans watch American films without realizing it.

Sering kita terdengar mereka tidak dibenarkan sesama sekali untuk menonton filem dari Barat. Namun, tahukah anda, mereka amat menyukai filem Hollywood. Filem seperti Titanic dan Die Hard pernah ditayangkan di sana. Walaubagaimanapun, mereka kebiasaanya tidak mengetahui asal usul filem tersebut.
Antara fakta menarik adalah, kelahiran pemimpin mereka iaitu Kim Il-sung adalah sama dengan tarikh terkuburnya Kapal Titanic pada 15 April 1912.
6. Kimilsungia and Kimjongilia

Terdapat dua nama bunga yang diberi nama sempena pemimpin mereka iaitu Kimilsungia kacukan orkid, dan Kimjonglilia kacukan begonia. Walaubagaimanapun, kedua-dua bunga ini bukanlah Bunga Kebangsaan bagi negara Korea Utara. Setiap tahun, mereka akan menyambut satu exhibitions yang akan disertai oleh seluruh rakyat bagi memenangi bunga terbaik tahunan.
7. Pengeksport Hidupan Laut
Di Rason, merupakan daerah pengeluar hidupan laut.
Negara jiran, China merupakan negara pengimport produk dari Korea Utara dengan 60% adalah ke negara China itu. Kalau anda nak tahu, Korea Utara merupakan Top 20 negara yang mengeksport produk hidupan laut.
Korea Utara juga mendapatkan hasil ekspot melalui perdagangan monumen.
8. The head of North Korea is a dead man.

Kim Jong-un, merupakan Supreme Leader bagi Negara Korea Utara pada waktu ini.
Negara Korea Utara adalah satu-satunya negara yang mengamalkan sistem necrocray. Ini disebabkan oleh, Kim Il-sung telah menetapkan bahawa beliau adalah Eternal Leader untuk Korea Utara. Walaupun Kim Joing-un merupakan Supreme Leader bagi Democratic of People's Republic Korea, dan juga Supreme Commander bagi ketenteraannya, namun beliau tidak memegang status sebagai Presiden. Pening kepala ini macam.
13. Lelaki dan Wanita di Korea Utara diwajibkan menjalani ketenteraan

Banyak negara memang mengerahkkan rakyatnya untuk menjalani latihan ketenteraan. Tetapi tidak semuanya mempunyai jangka masa yang panjang seperti di Korea Utara. Lelaki perlu menjalani latihan ketenteraan ini selama 10 tahun bermula usia 18 tahun. Pada 2013, penambahan
Bermula 2015, golongan wanita juga perlu untuk menjalani latihan itu juga, namun pada tempoh yang lebih singkat iaitu selama 5 tahun.
Boleh dikatakan semua rakyat mereka mempunyai skill ketenteraan yang perlu digeruni.
10. Perkampungan propaganda di sempadan
Kijong-dong, seperti yang kita sering dengar. Korea Utara memperketatkan kemasukan warga luar ke dalam negaranya. Di sempadan, terdapat sebuah kampung yang dinamakan Kijong-dong dikenali sebagai "peace village".
Perkampungan ini bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat di Selatan tentang fasiliti yang disediakan oleh Korea Utara di dalam daerah mereka. Perkampungan ini dibina pada tahun 1950 dengan kelengkapan elektrik di mana pada waktu tersebut, kemudahan elektrik ini hanya untuk golongan bangsawan.
Namun semuanya terbongkar apabila mereka kantoi perkampungan tersebut hanyalah sebuah bangunan yang tidak mempunyai lantai, siling dan juga dinding dalaman. Senang cerita INI SEMUA POYO. Ia bukanlah sebuah perkampungan.
dicilok dari : Brightside
Comments
Post a Comment