Bersarapan di Kedai Dak Lin celup tepung Melaka, Merlimau. [by nenasmadu]

Destinasi kali ni NM mengjengah ke Negeri Melaka. Negeri yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan mahu pun luar negara.

Di sini tempat makan yang terkenal apabila bercuti bersama keluarga adalah di Umbai Ikan Bakar, Asam Pedas Pak Tam di Bukit Katil, dan juga di tepian pantai(ditambak) Siring berhampiran Jeti Anjung Batu.

Landmark Di Pantai Siring

Jadi NM berkesempatan untuk singgah di Kedai Makan Dak Lin. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai menu untuk bersarapan. Di sediakan juga meja manan di tepian tambak, di bawah pepohonan. Memang fefeling habis.

Antara menu yang boleh didapati di sini adalah roti canai (3 star), nasi lemak (4star), nasi dagang dengan asam pedas (4star), nescafe tarik (5 star, bias). Pulut kelapa dengan ikan goreng pun tersangatlah ngam ngam sui. Kuih muih dia pun sedap bak ang. Mantappp..

NM tak sempat nak merasa celup tepung sebab terlalu ramai beratur. Maleh lah nak beratur ni, perut dah berkeroncong. Jadi kita santap dulu..

Di bawah adalah suasana sekitar pantai siring tersebut.

Kedai makan Dak Lin
Tempat santapan
Berdua lebih baik

Itu sahaja, NM tiba kat tempat ni dalam jam 8 pagi hari Ahad. Itu pun kereta sudah bersesak sesak. Jadi rancang perjalanan anda.

Di berhampiran juga terdapat pasar basah. Ada jual buah-buahan, sayur, ikan, seafood, daging, ikan laga, dan macam macam lagi. Meriah.

Itu sahaja coretan untuk kali ini. THIS IS MELAKA !!!

Comments

Popular posts from this blog

Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati

Rayuan jika kena denda atau kompaun di Mahkamah Majistret [by nenasmadu]

Cara mudah buat Bankers Cheque [by nenasmadu]