Yong Tau Foo Taiping belakang balai bomba sedap nauzubillah [by nenasmadu]

NM baru tulis sahaja entri tajuk pun dah buatkan kecur air liur. Kisah ni berlaku pada pertengahan tahun 2019, sebelum zaman norma baharu ni lah. Waktu tu jalan-jalan cari makan boleh dengan bebas. Jangan lupa bermula 1hb Ogos ni dah kena pakai mask tau di tempat awam. Kalau tak, kena denda RM1,000. Lebih baik belanja NM.
Okay berbalik pada tajuk asal, NM pada masa tu bercuti bersama family di Bukit Merah Resort. Betul-betul terdapatnya tasik besar, kat tengah-tengah tu ada Pulau Orang Utan. Nantilah NM cerita pasal pulau tu sebab agak menarik juga untuk diceritakan.
Entri kali ni NM lebih pada nak cerita pasal sebuah kewujudan makanan yang membuatkan NM terigau-igau dalam ingatan iaitu Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba di Taiping. Kena sekali mimpi sampai mati((parah)).
Malam tu perut NM dah berkeroncong, dengan tak ada idea nak makan apa kat kawasan agak terpencil di Laketown Bukit Merah Resort. Yang ada pun kedai ikan bakar selepas tol plaza bukit merah. Meriah juga waktu malam kat stiu. Tapi malam tu tekak tak nak rasa ikan bakar.

Search google "makanan sedap di Bukit Merah", naik pula destinasi tempat makan Yong Tau Foo tu. Perjalanan dalam 40 minit dari tempat penginapan Tak fikir panjang, NM terus lenjan ke sana.
Nak parking pun taklah susah sangat, sebab ada kawasan parking yang luas. Tapi memang ramai gila tak tipu.
Kat situ memang banyak kedai kedai yang jual benda sama iaitu yong tau foo. Cuma ada sesetengah jual menu lain macam sate, cendol, mee rebus dan ada lagi lah NM pun tak ingat.
Baca juga entri - bersarapan di kedai dak lin celup tepung melaka merlimau
Orang kata semua sama je rasanya. NM dengan bendulnya pun percaya je lah. So NM pilih kedai tengah. Dia punya Kuah.... perghhhh!!! Sedap giler.. susah nak cari tempat lain.
Pasar pasar malam area selangor ni NM belum jumpa lagi yang setanding dengan ini.
Memang terngiang kesedapan dia ni. Anda pun kena cuba kalau sesiapa yang belum pernah cuba. Antara nikmat makanan yang ada kat muka bumi ni anda perlu try sendiri.
Itu sahaja dari NM, untuk entri kali ni. Lekas try yop!
Comments
Post a Comment