Mengeluarkan Pelaburan dalam ASNB melalui talian online [by nenasmadu]

Kini anda boleh mengeluarkan wang pelaburan dalam ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB.

Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.

Berikut langkah-langkah membuat transaksi pengeluaran pelaburan ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB.

Ada 7 langkah-langkah yang perlu dilakukan

  1. Log masuk ke akaun myASNB di www.myasnb.com.my
  2. Klik Portfolio. Kemudian klik transaksi pada unit amanah yang dikehendaki, kemudian pilih Jualan Balik
  3. Pastikan maklumat bank betul dan klik Seterusnya.
  4. Baca, dan tandakan pada kotak pengisyiharan, kemudian klik Seterusnya.
  5. Masukkan amaun, tanda kotak pengisytiharan kemudian klik Seterusnya.
  6. Semak butiran, pastikan semua maklumat tepat, kemudian klik Teruskan.
  7. Klik permohonan TAC, isikan dan klik seterusnya.

Transaksi anda berjaya! Di bawah adalah ilustrasi sebagai rujukan.

Ps : Untuk makluman, buat masa ini, kemudahan ini hanya ditawarkan menerusi portal myASNB.

Ia akan tersedia di Aplikasi Mudah Alih myASNB bermula 27 April 2020.Maklumat lanjut, layari : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

credit : FB/AfifuddinZaki

Comments

Popular posts from this blog

Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati

Rayuan jika kena denda atau kompaun di Mahkamah Majistret [by nenasmadu]

Cara mudah buat Bankers Cheque [by nenasmadu]