Vivo V19 kini boleh didapati dengan harga RM1,699 di pasaran [by nenasmadu]
Brand Vivo adalah antara brand handphone yang NM cadangkan untuk anda miliki buat masa sekarang. Terkini, Vivo telah mengeluarkan satu lagi model baru iaitu Vivo V19. Ia merupakan brand dalam kalangan premium mid-range smartphone oleh Vivo. Dan ia dilengkapi dengan sistem kamera, fast-charging, dan paparan Super AMOLED yang dipertingkatkan. Lebih mengujakan, V19 mempunyai fungsi low-light dalam fotografi.
Harga Pasaran

Vivo V19 boleh didapati ditetapkan dengan harga RM 1,699.00, dan akan berada di pasaran bermula 29 April 2020 di The Vivo V19 , Vivo official store dan juga Shopee. Anda layak untuk menerima RM50 rebat, 1+1 tahun warranty, perlindungan skrin selama 1 tahun, dan juga hadiah misteri dari Vivo bernilai RM459.

Pre-orders boleh didapati di SenQ dan SenHeng bermula hari ini, 23 April 2020 sehingga 25 April 2020. Pre-order ini didatangi dengan promosi khas, pembeli akan menerima 1 tahun warranti tambahan dan 1 tahun perlindungan skrin. Lebih menarik, hadiah misteri bernilai RM600 bakal dimiliki oleh anda. Seperti yang anda tahu, Senheng menawarkan pembayaran secara ansuran dengan ZERO rated seperti yang diterangkan dalam POST SEBELUM INI. Bayaran ansuran untuk V19 ini ditawarkan sehingga RM70.79 sebulan selama 24 bulan.

Spesifikasi Vivo V19

Super AMOLED digunakan di dalam fungsi V19 dengan keluasan skrin sebesar 6.44". Ia juga dilengkapi dengan resolusi FHD+. Ia juga dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 712 processor yang mempunyai ram bersaiz 8GB dan 128GB internal storage. Usah gusar, jika anda merasakan 127GB storage masih tidak cukup, anda boleh menambahkan saiz simpanan tersebut dengan menggunakan slot microSD. Selain itu, dual-simcard juga boleh digunakan buat pengguna.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan FLASHCHARGE 2.0, yang mampu untuk memenuhkan bateri penuh dalam masa satu jam. Bateri yang besar 4,5000 mAh juga merupakan kelebihan yang ada pada V19 ini. Selain itu, ia menggunakan cable USB-C.

Untuk fungsi kamera, smartphone ini dilengkapi dengan 48MP kamera utama, 8MP ultra-wide, 2MP depth sensor, dan 2MP lensa makro. Pada situasi cahaya yang rendah, V19 boleh menggunakan fungsi Night-Mode bagi mendapatkan gambar yang terbaik.

Tidak dilupakan juga, V19 didatangkan dengan Android version 10 dengan fungsi Funtouch OS 10.
Terdapat dua jenis warna pilihan untuk design V19 iaitu Sleek Silver dan Gleam Black.
diciluk dari : soyacincau
Comments
Post a Comment