ViVo V9 spec dan review

Aku dah berpengalaman menggunakan V9 selama 10 bulan. Dan memang habit aku ni selalunya akan tukar handphone dalam tempoh setahun. Tapi bukanlah jenis suka suka. Biasanya henfon aku ni tak boleh tahan lama. Ada saja crack disebabkan terjatuh. Berbeza dengan V9 yang aku pakai sekarang ni. Agak jarang sekali terhempas ke lantai. Pelik, tangan dah gatal usha usha henfon baru di directD online. Kantoi. Okay, posting kali ini akan memberi sedikit review personally tentang V9 ni. Agak terlewat, tapi nak review ni bukan pakai teori semata mata. Kena tengok performance nya selepas beberapa tempoh. Baru tahu on x on 1. Kamera Kamera spesis vivo ni selalunya menitik beratkan tentang selfie. Ya, buat kaki selfie amatlah digalakkan untuk anda pakai spesis vivo. Ini kerana ia dilengkapi dengan beauty mode dan juga 24MP pada kamera front nya. Tetapi hanya 16MP untuk camera belakang. Tepuk dada tanya nafsu selfie anda. Tapi kamera belakangnya juga tidaklah hodoh. Ayo.

Selfie mode low light

Selfie mode cahaya terang

2. Ram & CPU Kekuatan smartphone ini juga diperkasa dengan RAM 4GB dan CPU yang selesa untuk run latest game tanpa masalah. Perisian perisian lain juga sangat smooth dan jarang sekali mengalami lag atau smooth. Mungkin 2 kali dalam tempoh 10 bulan ni. 3. Design Wow! I just love its design so much. Rasa premium dan trendy. Tak outtrend dan tak segan nak acah acah depan orang. Aik. 4. Harga Masa awal-awal beli haritu RM1.399, sekarang dah jatuh RM999 untuk first hand. Rasa kecewa cepat sangat jatuh harga. Ini disebabkan oleh keluaran vivo sangat laju. Oleh itu sabar dulu kalau nak angkat, cuma kalau lambat, tak ada lah rasa keterujaannya tu. 5. Skrin Dilengkapi dengan eye protection, touch skrin yang responsive. Sangat sangat berpuas hati. Video juga boleh VHD dan okay sesangat. 6. Features terbaik Bagi aku lah kan, features yang paling disukai adalah navigation key (home, back, menu) di bahagian bawah tu boleh disorokkan. Ikut style siapa tuu.. Yeah i love it. So bagi aku, rating yang boleh diberikan untuk price range macam v9 ni adalah [8.5/10]. Ariosz!

Comments

Popular posts from this blog

Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati

Rayuan jika kena denda atau kompaun di Mahkamah Majistret [by nenasmadu]

Cara mudah buat Bankers Cheque [by nenasmadu]