Cara mudah buat Bankers Cheque [by nenasmadu]
Sesetengah pembayaran memerlukan untuk dibuat pembayaran melalui bankers cek/ bank cek. Kali ini NM akan ceritakan secara ringkas cara mudah untuk melakukan proses membuat bankers cheque ini.

Pertama sekali anda perlu mendapatkan borang khas di mana-mana cawangan bank berhampiran. Untuk setakat hari ini, tiada borang boleh didapati secara online.

Kalau kita lihat di atas, ini adalah salah satu contoh borang bankers cheque untuk bank CIMB. Tetapi ni borang jenis lama. NM sarankan untuk dapatkan borang terbaharu di cawangan bank berhampiran.
Dah dapat borang ni. NM akan pandukan detail-detail dan info yang penting yang NM tahu :
1. Tick dikotak Bankers Cheque.
2. Isikan detail Penerima (Nama penerima & Status (Wajib), IF ADA (No kad Pengenalan & Alamat)
3. Detail Pemohon (Nama pemohon, No pendaftaran, Alamat, No Tel(Signatory)). Ni semua wajib isi.
4. Currency dan jumlah
5. Pilihan pembayaran i- tunai ii- Cek iii- Debit Akaun (perlu isi no akaun bank pemohon).
6. Tandatangan dan COP SYARIKAT di setiap helaian salinan (ada 3 salinan).
Untuk item no.5, NM cadangkan kalau nak jimat boleh gunakan option Debit No.Akaun atau Tunai. Ini kerana anda dapat mengelakkan dikenakan caj cek.
Untuk pengetahuan, proses ini juga akan dikenakan caj perkhidmatan berserta GST/SST ya.
Antara dokumen yang penting dilampirkan sekali adalah, bukti arahan pembayaran oleh pemohon. Contoh, Client meminta untuk membuat pembayaran, atau Invois atau apa-apa dokumen berkaitan yang memerlukan anda membuat pembayaran melalui bankers cheque. Sesetengah pegawai bank akan meminta untuk anda membawa bersama sebagai bukti.
Itu sahaja, voila!
Comments
Post a Comment