Pengalaman kena naik mahkamah atas kesalahan Cukai Jalan(roadtax) mati dan juga ketiadaan insurans bagi sesebuah kenderaan merupakan perkara yang biasa berlaku. Ada kalanya pemilik kenderaan leka dan terlupa dek kerana kesibukan urusan harian. Ada juga sesetengah individu tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans oleh kerana kekangan kewangan tetapi perlu untuk menggunakan kenderaan tersebut untuk urusan harian. Pelbagai alasan dan musabab yang menyebabkan roadtax dan insurans tidak diperbaharui oleh pemilik kenderaan. Tetapi di sini NM nak berkongsi cara dan susun alur jika anda disaman oleh JPJ atas kesalahan Roadtax tamat tempoh. Secara automatisnya jika anda didapati membawa kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan oleh abang JPJ, anda juga turut akan dikehendaki ke mahkamah pada tarikh tertentu yang ditetapkan. Walaupun jika roadtax anda tamat tempoh selepas satu hari sahaja! JPJ ada beritahu bahawa ianya adalah suatu kesalahan jenayah jalanraya. ...
Sebelum ni NM pernah post tentang proses apabila anda disaman oleh jpj pada posting sebelum ini, P roses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati . Pada posting kali ini, NM akan berkongsi perkara yang sama, tetapi dalam bentuk lebih formal yang didapati dari FB :inforoadblockjpjpolis . Panduan membuat rayuan ke atas denda @ kompaun di Mahkamah Majistret untuk kesalahan jalanraya. Apabila ada sekatan lalu lintas dan kita melakukan kesalahan jalan raya seperti cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan membuat pusingan U di kawasan yang dilarang , kita akan disaman oleh Polis Trafik ataupunpegawai JPJ. Selepas kita menandatangani saman tersebut, kita dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret untuk dijatuhkan hukuman untuk kesalahan yang dilakukan. Antara tip yang boleh saya berikan untuk andamembuat rayuan terhadap hukuman kesalahan adalah seperti berikut:- 1) Datang awal ke Mahkamah. Pastikan anda hadir sekitar jam 8.00-8.30 pag...
Sesetengah pembayaran memerlukan untuk dibuat pembayaran melalui bankers cek/ bank cek. Kali ini NM akan ceritakan secara ringkas cara mudah untuk melakukan proses membuat bankers cheque ini. Ini adalah contoh bentuk bankers cheque CIMB Bank Berhad Pertama sekali anda perlu mendapatkan borang khas di mana-mana cawangan bank berhampiran. Untuk setakat hari ini, tiada borang boleh didapati secara online. Contoh borang memohon bankers cheque Kalau kita lihat di atas, ini adalah salah satu contoh borang bankers cheque untuk bank CIMB. Tetapi ni borang jenis lama. NM sarankan untuk dapatkan borang terbaharu di cawangan bank berhampiran. Dah dapat borang ni. NM akan pandukan detail-detail dan info yang penting yang NM tahu : 1. Tick dikotak Bankers Cheque. 2. Isikan detail Penerima (Nama penerima & Status ( Wajib ), IF ADA (No kad Pengenalan & Alamat) 3. Detail Pemohon (Nama pemohon, No pendaftaran, Alamat, No Tel(Signatory)). Ni semu...
Comments
Post a Comment